Sehari Sepotong Ayat Al-Quran

Bismillahhirrahmanirrahim

Segala puji-pujian hanya untuk Allah Tuan Sarwa Sekelian Alam yang mana melalui sifatNya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah mengurniakan kepada hambaNya teknologi komunikasi pada paras yang bertambah-tambah tinggi sehingga komunikasi menjadi sangat cekap dan berkesan. Salam dan solawat dipanjatkan untuk Nabi Besar Mohammad saw serta untuk sekelain para sahabatnya.

Teknologi komunikasi melalui blog.com telah tersedia untuk kita manfaatkan untuk menyebar luaskan pesanan kebaikan menurut acuan Islam. Melaluinya kita dapat menerangkan kepada manusia sejagat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diredhoi disisi Tuhan Yang Maha Esa yang dengan mempercayai dan mengamalkannya manusia dapat mencapai kebahagian serta kemenangan didunia dan akhirat.

Blog ini yang di-didikasikan kepada Surau Riyadhus Solehin Taman Cengal Indah, Kulim; Kedah akan memanfaatkan teknologi IT tercanggih ini untuk memberikan maklumat tentang kegiatan semasa dan akan datang , memuatkan mesej Islam, buah fikiran Islami serta akan merupakan media interaktif untuk warga Taman Cengal dan para tetamu bertukar fikiran dan pendapat bagi sesuatu isu yang berhubungan dengan agama dan umat Islam di Malaysia, rantau Asean , Asia dan dunia keseluruhannya.

Bagi pihak sidang pengarang saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekelian agar menggunakan kesempatan yang disediakan melalui blog ini sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat dan berinteraksi.

Selamat berkunjung keBlog ,dimulai dengan lafadz Bismillahirrahmanirrahim.

Hormat Dari Saya

Dr Hj Ishak Yahya

Pengerusi Surau Riyadhus Solehin


1 comments

  1. Pontianak Degil // June 1, 2009 at 1:38 AM  

    Salam, saya sokong sepenuhnye kewujudan blog ni. Saya harap blog ni dapat menjadi sumber untuk saya mendapat pengetahuan baru dalam agama. (dari Sehari Sepotong Ayat Al-Quran).
    Salam ukhwah dari saya. :)