Sehari Sepotong Ayat Al-Quran



Sempena Kedatangan tiga bulan utama dalam kalender islam , Rejab , Saaban & Ramadhan yg diberkati lagi dimuliakan ini, AJK Surau Riyadhus Solehin telah merancang beberapa program .

Ceramah perdana telah diadakan pada 20 hb julai 2009











Buah-buahan & air mineral disediakan kpd para jemputan semua









YBhg. Dr Jamnur Azhar Mulkan sedang berceramah


Tayangan slaid Power Point disediakan





Para jemaah dalam surau sedang mendengar ceramah



Jemputan sedang menikmati juadah





Satu Program Gotong Royong Perdana telah disempurnakan pada 18 Julai 2009 .
oleh ahli kariah Tmn cengal & bersama-sama dengan Jabatan Kerajaan seperti :
MPKK ,JKR, Bomba Kulim, Kesihatan Kulim.






















Satu Program Gotong Royong Perdana telah disempurnakan pada 18 Julai 2009 .
oleh ahli kariah Tmn cengal & bersama-sama dengan Jabatan Kerajaan seperti :
MPKK ,JKR, Bomba Kulim, Kesihatan Kulim.



Program Pengimarahan Surau Riyadhus Solehin

1. Majlis Sambutan Israk Mikraj:

Ceramah Perdana akan diadakan di surau Tmn Cengal, Kulim
Tarikh : 20 Julai 2009 (isnin)
Masa : 8.15 mlm - 10.15 mlm
Penceramah : Dr. Jamnul Azhar Mulkan (Ahli Panel Halaqah TV9)
Tajuk : Isra' & Mikraj Menurut Perspektif Al Quran & Sains
: Tayangan Slaid Power Point :
Semua muslimin & muslimat dijemput hadir


2. Program Qiyamullail:

Tarikh : 24 Julai 2009 (khamis mlm jumaat)
masa : 4.00 pagi

Muslimin & muslimat dijemput.

3. Gotong Royong Perdana 18 july 2009 (sabtu)
masa : 8.30 pagi


Satu mesyuarat khas bagi membincangkan untuk mengadakan Program Sambutan Isra Mikraj pada bulan Rejab 1430
Biro Dakwah/Perhubungan akan menjemput Penceramah Undangan yg akan berceramah pada malam tersebut.
Selain itu Satu gotong Royong Mengadakan jamuan tengahari akan diadakan pada hari tersebut(cadangan).
Ajk lain akan ikut membantu bagi menjayakan program tersebut.
Sekian.




Setiausaha sedang mencatit minit mesyuarat








Bismillahhirrahmanirrahim

Segala puji-pujian hanya untuk Allah Tuan Sarwa Sekelian Alam yang mana melalui sifatNya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah mengurniakan kepada hambaNya teknologi komunikasi pada paras yang bertambah-tambah tinggi sehingga komunikasi menjadi sangat cekap dan berkesan. Salam dan solawat dipanjatkan untuk Nabi Besar Mohammad saw serta untuk sekelain para sahabatnya.

Teknologi komunikasi melalui blog.com telah tersedia untuk kita manfaatkan untuk menyebar luaskan pesanan kebaikan menurut acuan Islam. Melaluinya kita dapat menerangkan kepada manusia sejagat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diredhoi disisi Tuhan Yang Maha Esa yang dengan mempercayai dan mengamalkannya manusia dapat mencapai kebahagian serta kemenangan didunia dan akhirat.

Blog ini yang di-didikasikan kepada Surau Riyadhus Solehin Taman Cengal Indah, Kulim; Kedah akan memanfaatkan teknologi IT tercanggih ini untuk memberikan maklumat tentang kegiatan semasa dan akan datang , memuatkan mesej Islam, buah fikiran Islami serta akan merupakan media interaktif untuk warga Taman Cengal dan para tetamu bertukar fikiran dan pendapat bagi sesuatu isu yang berhubungan dengan agama dan umat Islam di Malaysia, rantau Asean , Asia dan dunia keseluruhannya.

Bagi pihak sidang pengarang saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekelian agar menggunakan kesempatan yang disediakan melalui blog ini sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat dan berinteraksi.

Selamat berkunjung keBlog ,dimulai dengan lafadz Bismillahirrahmanirrahim.

Hormat Dari Saya

Dr Hj Ishak Yahya

Pengerusi Surau Riyadhus Solehin


Palestine Gaza

Monday, May 18, 2009 | 0 comments »


Palestine Gaza Video

Gotong Royong

Saturday, May 09, 2009 | 0 comments »



Ketua lujnah keselamatan(Hj Mohd Som) gambar diatas sedang menjamu selera setelah penat mesin rumput











kerja-kerja tebang pokok dihadapan surau hampir selesai




Satu aktiviti gotong royong telah diadakan pada 09 may 2009, pada jam 8.30 pagi .
Kerja-kerja membersih kawasan surau , berjaya dilaksanakan pada pagi itu
 Hujan yang turun pada sebelah pagi tidak menghalang dari ahli jemaah hadir pada pagi tersebut, 
Sarapan di sponser oleh Hj Ismail Shell