Sehari Sepotong Ayat Al-Quran

Bismillahhirrahmanirrahim

Segala puji-pujian hanya untuk Allah Tuan Sarwa Sekelian Alam yang mana melalui sifatNya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah mengurniakan kepada hambaNya teknologi komunikasi pada paras yang bertambah-tambah tinggi sehingga komunikasi menjadi sangat cekap dan berkesan. Salam dan solawat dipanjatkan untuk Nabi Besar Mohammad saw serta untuk sekelain para sahabatnya.

Teknologi komunikasi melalui blog.com telah tersedia untuk kita manfaatkan untuk menyebar luaskan pesanan kebaikan menurut acuan Islam. Melaluinya kita dapat menerangkan kepada manusia sejagat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diredhoi disisi Tuhan Yang Maha Esa yang dengan mempercayai dan mengamalkannya manusia dapat mencapai kebahagian serta kemenangan didunia dan akhirat.

Blog ini yang di-didikasikan kepada Surau Riyadhus Solehin Taman Cengal Indah, Kulim; Kedah akan memanfaatkan teknologi IT tercanggih ini untuk memberikan maklumat tentang kegiatan semasa dan akan datang , memuatkan mesej Islam, buah fikiran Islami serta akan merupakan media interaktif untuk warga Taman Cengal dan para tetamu bertukar fikiran dan pendapat bagi sesuatu isu yang berhubungan dengan agama dan umat Islam di Malaysia, rantau Asean , Asia dan dunia keseluruhannya.

Bagi pihak sidang pengarang saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekelian agar menggunakan kesempatan yang disediakan melalui blog ini sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat dan berinteraksi.

Selamat berkunjung keBlog ,dimulai dengan lafadz Bismillahirrahmanirrahim.

Hormat Dari Saya

Dr Hj Ishak Yahya

Pengerusi Surau Riyadhus Solehin


Palestine Gaza

Monday, May 18, 2009 | 0 comments »


Palestine Gaza Video

Gotong Royong

Saturday, May 09, 2009 | 0 comments »



Ketua lujnah keselamatan(Hj Mohd Som) gambar diatas sedang menjamu selera setelah penat mesin rumput











kerja-kerja tebang pokok dihadapan surau hampir selesai




Satu aktiviti gotong royong telah diadakan pada 09 may 2009, pada jam 8.30 pagi .
Kerja-kerja membersih kawasan surau , berjaya dilaksanakan pada pagi itu
 Hujan yang turun pada sebelah pagi tidak menghalang dari ahli jemaah hadir pada pagi tersebut, 
Sarapan di sponser oleh Hj Ismail Shell